Thursday, July 19, 2012

Belangkasuwa


Gambar: Ini adalah gambar kenangan bersama arwah selepas balik dari rumah terbuka di rumah arwah.



Prasasti Jiwa:

Hari ini aku mendapat berita yang sangat mengejutkan, apabila salah seorang junior kebudayaan aku ketika menuntut di Universiti Malaysia Pahang telah di jemput Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Hitam,Kuantan malam semalam.

Berita ini benar-benar mengejutkan aku. semua perasaan sedih bercampur-baur. Namun, hanya sedekah Al-Fatihah dan sekeping doa, agar roh beliau di letakkan dalam golongan orang-orang yang beriman mampu di berikan.

Sungguh, arwah adalah orang yang sangat baik!

Arwah akan di kebumikan hari ini selepas solat Jumaat. Semoga keluarga arwah menerima takdir Ilahi ini dengan tabah, apatah lagi esok semua umat islam akan menjalani bulan Ramadhan.

Ternyata, Hidup di dunia bukanlah untuk selamanya, Dia akan menjemput hambaNya bila-bila masa saja tanpa mengira usia. Maka, bersiap-siagalah agar tiada penyesal di akhirat kelak.

Al-Fatihah~


No comments:

Post a Comment