Thursday, August 16, 2012

bersyukurlah atas nikmatNya



Prasasti Jiwa;

Mungkin agak lama kita tidak di sajikan dengan iklan-iklan raya yang menyentuh jiwa kita. Jika sebelum ini, pasti ada iklan yang akan menyentapkan jiwa kita.

dan tahun ini, nasib baik ada juga iklan yang menarik perhatian ramai dari kita iaitu iklan raya daripada Bernas. Sangat menyentuh jiwa. Tak percaya anda boleh saksikan sendiri.

pagi tadi, #amkrew di radio Hot fm telah menjemput 2 pelakon cilik yang berlakon dalam iklan Bernas tersebut iaitu adik fizi n adik Ahmad. Mereka berdua berkongsi cerita pengalaman mereka berlakon untuk pertama kali.

aku ni bukan boleh tengok mereka-mereka yang kurang upaya ni mengharungi hidup, apatah lagi keluarga yang menanggungnya. pasti jiwa akan terkocak sedih melihatnya. tapi yang menanggung mungkin lagi berat menghadapinya.

dan sudah pasti ramai pendengar yang tertarik dan menelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. yang paling menyentuh hati bila ada seorang pendengar yang menelefon bercerita yang rupa arwah adiknya serupa dengan adik Ahmad. Saat itu aku yang mendengar juga turut sedih.

Tapi, tak sangka ada juga pemanggil dari Sabah, beliau seorang doktor yang sudi untuk menawarkan rawatan kepada dua orang adik ini. Alhamdulillah, sememangnya rakyat Malaysia sangat pemurah. Semoga adik fizi dan ahmad akan bertambah baik.

Sebenarnya, banyak nila-nilai yang cuba di angkat daripada iklan ini. Namun perkara pertama yang perlu kita sedari ialah erti Syukur dalam hidup. Ianya adalah perkara asas yang perlu untuk kita semua angkat.

hanya kerana Syukur kita akan merasai Dunia ini sangat Adil dan juga menerima apa jua takdir yang Tuhan berikan. Benarlah, untuk menilai syukur dalam diri ini jangan pernah mendongak melihat Langit, kerana sememangnya Bintang itu tidak mungkin dapat kita gapai dek kerana Tuhan tidak pernah menganugerahkan sayap untuk kita terbang.

Berpijaklah pada bumi yang nyata.

Andai hari ini, kita punya segalanya, jangan cepat bermegah. Ingat sebenarnya Tuhan juga sedang menguji kita dengan kesenangan.

Andai hari ini, kita masih punya kedua ibubapa, hargailah mereka sebelum Tuhan mahukan mereka. Jangan sampai mereka sudah dijemputNya, saat itu baru kita menyesali. sudah terlewat.

Mungkin bagi mereka yang belum kehilangan pasti tidak merasai lagi perasaan itu, bagi aku yang sudah kehilangan Ayah tercinta, pasti merasa kekurangan kasih apatah lagi di hari raya yang mulia.

Semoga tiap-tiap jiwa kita, punya rasa belas kasih sayang sesama insan. Kerana Tuhan itu sayang akan umatnya yang saling sayang menyayangi.

sekian. Selamat berbuka puasa.



p/s: Ini tahun ke-2 beraya tanpa Ayah. Semoga Roh ayah aman dan di letakkan dalam golongan yang beriman : ) Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment