Showing posts with label bila hati berkata2. Show all posts
Showing posts with label bila hati berkata2. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

bersyukurlah atas nikmatNya



Prasasti Jiwa;

Mungkin agak lama kita tidak di sajikan dengan iklan-iklan raya yang menyentuh jiwa kita. Jika sebelum ini, pasti ada iklan yang akan menyentapkan jiwa kita.

dan tahun ini, nasib baik ada juga iklan yang menarik perhatian ramai dari kita iaitu iklan raya daripada Bernas. Sangat menyentuh jiwa. Tak percaya anda boleh saksikan sendiri.

pagi tadi, #amkrew di radio Hot fm telah menjemput 2 pelakon cilik yang berlakon dalam iklan Bernas tersebut iaitu adik fizi n adik Ahmad. Mereka berdua berkongsi cerita pengalaman mereka berlakon untuk pertama kali.

aku ni bukan boleh tengok mereka-mereka yang kurang upaya ni mengharungi hidup, apatah lagi keluarga yang menanggungnya. pasti jiwa akan terkocak sedih melihatnya. tapi yang menanggung mungkin lagi berat menghadapinya.

dan sudah pasti ramai pendengar yang tertarik dan menelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. yang paling menyentuh hati bila ada seorang pendengar yang menelefon bercerita yang rupa arwah adiknya serupa dengan adik Ahmad. Saat itu aku yang mendengar juga turut sedih.

Tapi, tak sangka ada juga pemanggil dari Sabah, beliau seorang doktor yang sudi untuk menawarkan rawatan kepada dua orang adik ini. Alhamdulillah, sememangnya rakyat Malaysia sangat pemurah. Semoga adik fizi dan ahmad akan bertambah baik.

Sebenarnya, banyak nila-nilai yang cuba di angkat daripada iklan ini. Namun perkara pertama yang perlu kita sedari ialah erti Syukur dalam hidup. Ianya adalah perkara asas yang perlu untuk kita semua angkat.

hanya kerana Syukur kita akan merasai Dunia ini sangat Adil dan juga menerima apa jua takdir yang Tuhan berikan. Benarlah, untuk menilai syukur dalam diri ini jangan pernah mendongak melihat Langit, kerana sememangnya Bintang itu tidak mungkin dapat kita gapai dek kerana Tuhan tidak pernah menganugerahkan sayap untuk kita terbang.

Berpijaklah pada bumi yang nyata.

Andai hari ini, kita punya segalanya, jangan cepat bermegah. Ingat sebenarnya Tuhan juga sedang menguji kita dengan kesenangan.

Andai hari ini, kita masih punya kedua ibubapa, hargailah mereka sebelum Tuhan mahukan mereka. Jangan sampai mereka sudah dijemputNya, saat itu baru kita menyesali. sudah terlewat.

Mungkin bagi mereka yang belum kehilangan pasti tidak merasai lagi perasaan itu, bagi aku yang sudah kehilangan Ayah tercinta, pasti merasa kekurangan kasih apatah lagi di hari raya yang mulia.

Semoga tiap-tiap jiwa kita, punya rasa belas kasih sayang sesama insan. Kerana Tuhan itu sayang akan umatnya yang saling sayang menyayangi.

sekian. Selamat berbuka puasa.



p/s: Ini tahun ke-2 beraya tanpa Ayah. Semoga Roh ayah aman dan di letakkan dalam golongan yang beriman : ) Al-Fatihah

Tuesday, July 31, 2012

ya...aku juga boleh!


Prasasti Jiwa:

Salam Ramadhan ke-12. Apa khabar sama Iman anda? ada peningkatan? ok..biar itu menjadi Urusan Tuhan Yang Esa.

Kali ini terdetik hati untuk menulis, banyak sebenarnya isu-isu semasa yang aku ingin kupas berdasarkan pendapat aku. namun untuk menulis sesuatu isu yang serius. aku perlu meluangkan masa berjam-jam. kerana aku bukan blogger yang menulis sekadar mengikut perasaan. pemafahaman dan perbandingan itu amat penting dalam penulisan agar tidak menjadi blogger yang 'membabi buta'.

tentu ada di antara anda yang kenal dengan gambar muka depan novel di atas. aku belum lagi berkesempatan untuk membacanya. ada niat nak membelinya. cuma belum berkesempatan. Faktanya, novel ini sudah berkali-kali aku belek dan selak di kedai buku. cuma membelinya tidak lagi : )

owh ya, entri kali ni nak bagi satu azam dan impian aku. aku ni bukanlah pandai sangat berbahasa inggeris. aku sendiri pun kadang-kadang tidak faham bagaimana pemahaman bahasa inggeris aku berkurang sejak sekolah rendah lagi. mungkin di sebabkan aku terlalu suka akan subjek bahasa melayu ketika sekolah rendah. Ok, mencari alasan lagi. dan mungkin juga aku tidak suka akan bahasa ini sendiri. mungkin.

Mungkin ini azam yang aku baru ingin tanam. Aku nak mula membaca novel-novel bahasa inggeris untuk meningkatkan pengetahuan bahasa inggeris aku. serius. ini bukan perkara main-main.

Belajar itu tidak pernah ada titik noktahnya. yang penting punya kemahuan. pasti kejayaan menjadi milik kita!

ok. aku akan mulakan dengan Novel ini.

Doakan semoga aku berjaya. he3



p/s: aku cemburu dengan mereka-mereka yang boleh menulis blog dalam bahaga inggeris! #ohmyenglish